Followers

Wednesday, December 15, 2010

GIRLS!!! WAJIB BACA . .




kali ni teman nak share pasal penyakit baru yang makin merebak di kalangan wanita :



" kanser servik "




ramai yg tertanya2 ape tu kanser servik kan?? hmm... actually. teman sendiri pon mula2 was2 gak..

dalam otak ni duk pikir ape itu sebernarnya kanser servik..

tapi lepas teman bace artikel ni barul la paham.. :))

jadi teman ader sediakan artikel tntng perihal penyakit ni. HARAP KOME BACE !



" Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pembaca sekelian menambahkan sedikit ilmu kita dalam bidang perubatan dan seterusnya menilai langkah yang telah diumumkan oleh kerajaan itu."



Kanser servik ataupun kanser pangkal rahim merupakan kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua paling kerap berlaku selepas kanser payudara. Kanser servik merupakan kanser yang boleh dicegah dan kunci kepada pencegahannya adalah melalui ujian saringan pap smear.

Di negara-negara maju, kanser ini sangat jarang berlaku disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan tetapi di negara kita kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser ini adalah masih tinggi.


PUNCA :


Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan.

Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.

Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.


ni adalah contoh gambar terjadinya kanser servik :








girls . .

take note ! :))

p/s : teman takot jarummm ...


.. love.. IM







No comments:

LinkWithin Cik Lien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...