Followers

Saturday, January 28, 2012

aku berbicara tentang CINTA


okay. CINTA. kalau nak eja senang, kacang macang jee :D
tapi CINTA tu bagi aku besar sangat maknanya. nak tau kenapa? yeke nak tau ni. -,-

oh. tetiba aku teringat lagu ombak rindu. sedap! sesedap makna lirik katanya. cewah! rasa strawberrryyyyy gituwww. hewhewhew. kalau nak lirik lagu OMBAK RINDU tekan sini eh.

Focus sikit. kali ni nak entry yang formal pulak. okay. anda nak baca atau tak nak aku tetap nak tulis pendapat aku tentang apa itu CINTA sesama manusia. :)

For me, there is no exact word can express what love mean.
LOVE is something special between two heart for all those lives.

Hanya seseorang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa indahnya meneroka dunia cinta. Mungkin perasaan macam ni pernah dilalui tapi bagi insan yang pertama kali mengalami perasaan aneh itu pasti sukar untuk menafsirkan perasaan itu kerana ia hadir tanpa dipinta.

suka, sayang dan cinta itu bagi aku mempunyai maksud yang berbeza beza.

Saat kita menyukai seseorang, kita ingin memilikinya dengan keegoaan.

Saat kita menyayangi seseorang, kita ingin sekali membuat dia bahagia dan bukan untuk kita sendiri.

Dan saat kita mencintai seseorang, kita akan melakukan apa sahaja untuk kebahagiaannya walaupun kadang kadang kita terpaksa mengorbankan kebahagiaan kita sendiri.

dan pada pendapat aku juga, kalau anda di luar sana rasa akan cinta pasti anda tahu perasaan nya bila orang yang dicintai menyakiti hati kita, dan aku berani jamin bahawa anda akan memujuk hati anda dengan berkata " tak apa, dia tak tahu apa yang dia lakukan.."
Sebagai sesama kaum Hawa, aku mengaku wajarlah aku cakap bahawa aku juga mengalami perasaan seperti ini. kita semua manusia kan.

kesakitan yang dirasai jika disakiti oleh orang yang kita cintai memang memedihkan. Tetapi jika cinta itu menguasai hati anda, apalah sangat kesakitan itu berbading kebahagiaan dirinya bukan. hmm.. CINTA.. cinta ya?

aku bercinta kah? waduh waduh! aku tiada jawapan yang pasti tentang perkara itu. Yang pasti, cukuplah aku katakan bahawa aku sedang menyintai seseorang. :)




No comments:

LinkWithin Cik Lien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...