Followers

Friday, January 27, 2012

masalah malas terlampau

Pergi saja cintamu pergi

Bilang saja pada semua

Bair semua tahu adanya

Diri ku kini sendiri.

Duhai hati, mengapakah kau bermuram durja pagi pagi keredek ni. Jangan la macam ni hati.

Yang lepas tu biarlah lepas. Tak usah di kenang kenang. =.=’

Okay, stop it!

Okaylah. Nak cakap yang aku dah lame tak update blog. Aku macam dapat rasa yang aku ni adalah seorang blogger yang masih seperti kura kura yang tak pandai melintas jalan bila banyak kereta. Lambek! Paling malang yang berbau busuk ialah bila orang nampak aku seperti seekor kura kura yang dalam kesusahan, lalu dengan rasa baik hati teramat sangat mereka keluar kereta dan angkut kura kura malang berbau ini bawak balik rumah. Letak dalam kolam kecik. Ada batu nisan putih sikit sikit. Rumpai laut. Konon konon nak buat aku rasa berada di laut lah. Puiiihhh!!

Aku ni berkurun kalau nak update post. Even for once! Heeeee :D

Okay. Mula mula bila tengah terkinja kinja dengan all my idiots, teringat la blog aku yang dah kene makan anai anai ni. Konon, hati kecilku berkata “ balik ni nak buat draft blog lah. Macam macam nak cerita ni. Pastu boleh update.” Sengih sorang sorang sampai ke bulan.

Nah ! hasilnya sampai rumah, pegang lappy. Oh. Battery takde. Okay, kita cas kasi full power. Baru meletup! Ececehhhh.. konon kan.

Ting ting ting ! tu dia, signal battery full dari lappy. Battery cun! Okay. Kemas kemas meja belajar, kasi selesa. Baru syok nak menulis kan.

Siap! Click. Click. Click. *Microsoft blog post on*

Jari di key pek lok keyboard, mata tajam bagaikan mata lembing menusuk ke screen lappy. The eyes turn to blue tetibe. Okay, tipu je. Okay,okay okay focus lagi. Jari di keyboard terhenti. Berpikir. Pikir punya pikir punya pikir. Hati jadi bosan. Mood untuk menulis menurun. Haishhh tak boleh jadi, kena tulis jugak. Blog lama tak dak cerite baru ni. Kena tulis. Kena. Kena. Kena.

Pap! Dapat idea *

Click. Click. Click.

Okay. Pilih. Pilih. Nak movie tengok movie apa ni? HAHA. Layan movie dulu. Nak tunggu idea datang tetiba memang tak lah kan. Macam ilmu jugak, mane ada ilmu yang datang tergolek golek, mana ada yang datang bergelek gelek mengalahkan inul. Kena belajar dulu. Baru dapat ilmu tu. Ah, kalau ada ilmu yang datang kat aku sambil bergelek gelek, ‘ Ya, habibi ya ilmu, ooo...ya, hbibi ya ilmu,,,” huh! tak payah nak tunggu lama lama. On camera. Rakam buat video. Pastu kasi anta kat inul kasi dia sedar sikit yang ada lagi hebat gelek dari dia. HAHA.

*clikck. Click.*

Oh. Jumpa! Kuch kuch hota hai. Hindustan layan petang petang ni cantik jugak ni. Boleh jugak tunggu mood menulis datang. Ala, okay la tu. Mana tau tetiba idea bernas lagi nenas masam masam datang. Kan? Meletup bagai la jari jemariku ini menari di atas keyboard lappy ala ala tarian stacy. :D

Adoi. Ni yang malas ni. Belum sampai intermediate lagi dah soseh soseh. Apsal ni? Hidung aku ada jangkitan kuman ke. Hah, tak pun hati ku telah dipanah senyap senyap dengan lembing yang dipanah oleh putera sakai. *alasan tanak mengaku sedih* Sakit sampai menangis. Hati dipanah. Meleleh leleh airmata ketika sedang asyik dibuai angan indah. Hai putera sakai, merana lah dikau kerana salah memanah orang. Akan ku kejar dirimu untuk dipanah kembali. Huu. >.<

Mari nyanyi dulu. Hiburkan hati.

Tumpa se ai

Yumus ku raie

Tum meney na ja ney kya

Sap peneydi khaie

Abde to mera dil

Jayey nna hota hai

Kya karu ha hey

Kuch kuch hotak kau!

Lalala~ :DD

Okay. Dahla. Sudah puas menyanyi. Click. Click. Usya blog post jap. Haduiiii.. putihh lagi. Suci bersih. Erm nak tulis apa eh? Idea, idea, datang lah kepada ku. -,-

*Setelah lama berfikir*

Warrggghhhh! Fed up! Malas menulis. Okay. Save. Tekan pangkah. Siap! Yes! Akhirnya siap jugakkkkk.. hah. Sudah. Siap ke? Siap save tajuk jeee :D HAHA.

Itulah rutin aku, time nak buat tu berkobar kobar nak menulis. Idea mencurah curah sampai terpaksa simpan dalam tong dram dulu sebelum dikeluarkan. Hmm. Manusia. Biasa la kan. :DD

But, you see! Finally, i’ve finished this post. Warrr...seronok hingga menjilat kaki. Esuk confirm nak post. Lalala~

Dah la. Jumpa lagi bila ada mood. Babai.

No comments:

LinkWithin Cik Lien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...